Peribahasa Indonesia Aksara H

Blogger Kampung 4:28 AM
Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan lurus.

Tabiat seseorang yang jahat, sangat sukar hendak diubah.

Harapkan anak, buta mata sebelah; harapkan teman, buta keduanya.

Dalam membuat sesuatu pekerjaan, janganlah diharapkan kepada orang

lain; walaupun kepada anak sendiri.

Hari ini terlebih baik daripada besok.

Yang dapat diusahakan hari ini janganlah ditangguhkan sampai besok.

Harimau ditakuti sebab giginya.

Orang besar-besar itu ditakuti karena kekuasaannya.

Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging,

manusia mati meninggalkan nama.

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

Harimau puntung kena penjara, pelanduk kecil menolakkan mara.

Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh

orang yang lemah dan kecil.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama dicecah.

Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.

Hati hendak semua jadi.

Jika ada kemauan, semua dapat dikerjakan.

Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu

di belakang hatinya.

Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum

berkata-kata.

Hati yang ringan meringankan beban yang berat.

Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan niscaya menjadi mudah.

Hati yang suka peringan beban.

Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan niscaya menjadi mudah.

Hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah.

Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir

mendatangkan kesukaran.

Hempas tulang berisi perut.

Rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki.

Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai,

hendak berani berlawan ramai.

Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.

Hendak meluruskan ekor anjing.

Sukar untuk mengubah kelakuan yang sudah menjadi tabiat.

Hendak pergi berotan jangan takut onaknya.

Hendak membuat sesuatu pekerjaan yang besar, janganlah takut

menghadapi percobaan.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya.

Tiap-tiap ada kemauan, tentu ada jalan.

Hendak singa di tengah padang lagi, daripada ular di dalam rumput.

Lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh

kecil di dalam sulit.

Hendak ucok (= damai) dilawan damai, hendak perang giling peluru.

Bersedia menghadapi segala kemungkinan. (ucok = berunding mencari jalan damai.)

Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya.

Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.

Hidung dicium, pipi digigit.

Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat

dengan perbuatan baik.

Hidung sudah rampung diatur orang.

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang.

Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa (= berfaedah).

Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat.

Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka.

Akal yang jahat dapat mendatangkan kecelakaan kepada diri.

Hilang di mata di hati jangan.

Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati.

Hilang dicari, terapung digenangi, terbenam diselami.

Memeriksa dengan teliti; menolong seorang dalam kesusahan.

Hilang ikan dalam kerabu. (kerabu = sejenis makanan.)

Kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya.

Hilang kabus, teduh hujan.

Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan.

Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari.

Kebaikan hilang karena kejahatan sedikit.

Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya.

Orang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang.

Hilang kilat dalam kilau.

Kepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur

dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar.

Hilang tapak tukul, timbul tapak canai. (tukul = pemukul kecil; canai = asah.)

Perbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang,

karena dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya.

Hilang tukul hilanglah pahat.

Tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan kalau tidak berteman.

Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu.

Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.

Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan).

Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat

menumpangkan diri.

Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.(udang kepai = udang kecil

untuk dibuat belacan.)

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia

walaupun hodoh rupanya.

Hitam-hitam gula Jawa.

Biarpun hitam tetapi manis.

Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang.

Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi

tidak berguna, dibuang.

Hujan berpohon, panas berasal.

Segala sesuatu tentu ada sebab-musababnya.

hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang;

baik juga di negeri kita.

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri

sendiri juga yang lebih baik.

Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.

Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.

hujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat.

Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. (simpai =

gelang-gelang daripada rotan.)

Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda.

Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan,

undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.

Hulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai. (hulu mujur =

pangkat untung.)

Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan,

selalu selamat dan disukai orang.

Hutang emas dapat (= boleh) dibayar, Hutang budi dibawa mati.

Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, karena budi bahasa

tak dapat dibayar dengan uang.

Artikel Terkait

Previous
Next Post »